THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sabtu, 02 Januari 2010

mengapamemendam rasa

Koleksi Cinta ( LOVE )



Mengapa mesti memendam rasa?


Perasaan terpendam macam bom jangka

Pernahkah rasa bimbang di saat anda ingin meluahkan perasaan terhadap seseorang? Puas menyimpan rasa bertahun-tahun lamanya namun untuk meluahkannya, bukan semudah yang dirancang.

Perasaan ini mungkin didorong perasaan takut untuk menerima risiko di kemudian hari.

Secara amnya, kebanyakan orang gemar memendam perasaan berbanding meluahkannya. Memendam itu membuktikan kesabaran. Namun sampai bila ia akan bertahan?

Ada pakar motivasi menyifatkan memendam perasaan itu ibarat memasang bom jangka. Ia hanya menanti detik yang ditetapkan untuk meletup, tetapi memendam perasaan mungkin lebih cepat lagi.

Mengapa mesti memendam rasa? Mengapa tidak diluahkan saja supaya beban di hati menjadi ringan.

Ada pelbagai punca yang menyebabkan seseorang itu hanya memendam rasa. Misalnya:

# Trauma masa lalu

Kejadian yang disaksikan sewaktu kecil biasanya akan dirakam dan disimpan dalam otak kecil, terutama kejadian yang tidak menyenangkan.

Ini termasuk menyaksikan ibu bapa bertengkar, si bapa menampar dan memukul ibu hingga menyebabkan rumah tangga tidak mampu dipertahankan kembali.

Trauma masa kecil boleh menyebabkan seseorang itu takut untuk mencintai mahupun dicintai. Jika dia lelaki, dia takut tidak mampu menjadi seorang suami dan bapa yang baik kerana bimbang akan melakukan perkara serupa seperti dilakukan ayah kepada ibunya.

Begitu juga dengan perempuan yang berasa takut apabila orang yang dicintai akan menyakiti dirinya.



# Pengalaman peribadi

Pengalaman pahit dengan pasangan suatu ketika dulu pasti akan menimbulkan trauma dan bekas luka terus di hati.

Jika pengalaman itu sangat menyakitkan, mungkin anda pernah berjanji untuk tidak bercinta lagi.

Jika bertemu seseorang yang menarik, anda pula berasa sangat takut hubungan akan lebih intim. Jika benar terjadi, anda takut disakiti dan tidak percaya bahawa dia benar-benar ‘mencintai anda seadanya’, bimbang dia hanya bersimpati pada anda dan bukan mencintai sepenuh hati.

# Pengalaman orang lain

Pengalaman orang lain biasanya diperoleh daripada cerita teman, buku atau filem yang ditonton. Seseorang itu lazimnya berasa takut mencintai atau dicintai jika dia mengalami hal yang menyakitkan seperti apa yang dibaca atau didengar.

Apa yang sering membimbangkannya adalah apabila cintanya ditolak.

Perkara berikut mungkin dapat membantu untuk mengatasi trauma masa lalu dan pengalaman pahit bercinta:

# Hidup untuk masa kini, bukannya masa lalu. Jadikan masa lalu itu sebagai pengalaman yang berharga.

# Berinteraksi dengan orang lain di sekitar.

# Tanamkan sikap untuk percaya pada orang lain, anggaplah tidak semua lelaki atau perempuan melakukan perkara yang salah pada diri anda.

# Tentukan kriteria orang yang dicintai dan nikmati cinta anda pada orang lain.

# Jangan pedulikan jika cinta ditolak atau diterima kerana cinta bukan barang yang harus dilihat untung, rugi atau ada timbal baliknya.

# Apabila orang yang dicintai itu mencintai orang lain sekali gus menolak cinta anda, jangan rasa terpukul atau cemburu. Jika anda mencintai dia, kebahagiaannya adalah kebahagiaan anda jua. Cuba renungkan kembali erti cinta anda sesungguhnya.

0 komentar: